Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum..
Erm, sebelum ini aku ada ceritakan pasal Opah . Seorang insan yang amat aku sayangi selepas Ibu Ayah aku . Opah yang selalu mendoakan kejayaan aku dan orang yang paling gembira bila aku menerima kejayaan .
Tak nak cerita banyak , tanggal 13 Januari 2013 Opah telah pun dijemput Ilahi . Setelah Opah bertarung hampir 3 hari koma di hospital . Opah kini tiada lagi , hilang 1 keberkatan doa seorang Opah . Tiada lagi bila aku balik aku bawak Opah ke pasar , ke klinik kadang-kadang ke Jabatan Agama Islam ambil beras sebab Opah menerima bantuan zakat .
Punca Opah meninggal cumalah keracunan makanan , nampak macam pelik , sebenarnya bahan kimia dalam badan Opah dah terkumpul lama dan semakin bertambah , bila tiba masa ia akan penuh dan terus membawa kepada kegagalan organ .
Allah , sesungguhnya aku terasa amat kehilangan , Opah seorang yang hebat . Masa hari pengebumian Ya Allah ramainya ziarah Opah , macam kenduri kahwin . Semua orang sayang Opah . Along minta maaf Along tak sempat nak hantar Opah ke Mekah menunaikan Haji . Itulah yang Opah inginkan sangat sampai semua orang panggil Opah " Hajah " walaupun Opah belum menunaikan Haji . Ustaz Kazim mesti rindu Opah dekat Al-Barakah nanti . Walau apa pun Insyaallah Along cuba jadi yang terbaik macam Opah nak .
" Ya Allah , aku memohon kepadaMu , ampunkanlah segala dosa-dosa Opahku selama Opah hidup didunia ini . Tempatkanlah Opah dikalangan orang-orang yang beriman " Amin
No comments:
Post a Comment