Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum..
Erm, sebelum ini aku ada ceritakan pasal Opah . Seorang insan yang amat aku sayangi selepas Ibu Ayah aku . Opah yang selalu mendoakan kejayaan aku dan orang yang paling gembira bila aku menerima kejayaan .
Tak nak cerita banyak , tanggal 13 Januari 2013 Opah telah pun dijemput Ilahi . Setelah Opah bertarung hampir 3 hari koma di hospital . Opah kini tiada lagi , hilang 1 keberkatan doa seorang Opah . Tiada lagi bila aku balik aku bawak Opah ke pasar , ke klinik kadang-kadang ke Jabatan Agama Islam ambil beras sebab Opah menerima bantuan zakat .
Punca Opah meninggal cumalah keracunan makanan , nampak macam pelik , sebenarnya bahan kimia dalam badan Opah dah terkumpul lama dan semakin bertambah , bila tiba masa ia akan penuh dan terus membawa kepada kegagalan organ .
Allah , sesungguhnya aku terasa amat kehilangan , Opah seorang yang hebat . Masa hari pengebumian Ya Allah ramainya ziarah Opah , macam kenduri kahwin . Semua orang sayang Opah . Along minta maaf Along tak sempat nak hantar Opah ke Mekah menunaikan Haji . Itulah yang Opah inginkan sangat sampai semua orang panggil Opah " Hajah " walaupun Opah belum menunaikan Haji . Ustaz Kazim mesti rindu Opah dekat Al-Barakah nanti . Walau apa pun Insyaallah Along cuba jadi yang terbaik macam Opah nak .
" Ya Allah , aku memohon kepadaMu , ampunkanlah segala dosa-dosa Opahku selama Opah hidup didunia ini . Tempatkanlah Opah dikalangan orang-orang yang beriman " Amin
Friday, 24 January 2014
Saturday, 11 January 2014
OPAH
Assalamualaikum . Hari ni entry aku pasal seorang insan yang yang telah melahirkan Ibu aku sehingga Ibu aku berjaya menjadi Ibu Superwomen nak jaga ayah dan kami 3 beradik . Beliau ialah ( eceh beliau ) Siti Rogayah Binti Syed Nengah , that's my Opah ( Bangga sikit cucu update blog ni ) . Masih mengekalkan SS Family gitu wakaka .
Alhamdulillah selain Ibu Ayah , Opah antara orang terpenting mendekatkan diri aku lebih mengenai Islam . Opah yang ajar mengaji , ajar solat dengan betul , bahkan Opah yang bertanggungjawab hantar aku ke Sekolah Agama Rakyat sampai aku mahir gila gila dalam bahasa Jawi . Alhamdulillah .
Dan dalam banyak banyak cucu Opah , akulah yang paling sebab cucu sulung laa kata kau hahaha , jadi sebab tu apa apa hal aku kena story kat Opah selain Ibu Ayah dan sahabat , aicehh .
Cuma , sejak kebelakangan , Opah asyik sakit je memanjang . Maklumlah , dah mencecah separuh abad umur pun . Cuma hari ni 11 Januari 2014 nampak macam episod klimaks , Opah masuk hospital sebab tekanan darah rendah . Ya Allah takutnya aku . Dah lah duduk jauh , nak balik susah . Senang cerita takut tak sempat jumpa . Ya Allah dalam hati aku cuba fikir positif agar takde pape berlaku . Baru lepas call Ibu , kenapa Ibu menangis ? Aku dah tak boleh fikir positif . Bercelaru otak . Haa dapat tau pulak yang doktor kata ada something tak kena dekat bahagian kepala Opah . Semoga aku sempat bawa Opah menunaikan Ibadat Rukun Islam kelima dahulu . Amin
" Ya Allah , aku memohon kepada Mu berikanlah kesejahteraan kesihatan kepada Opah , aku masih memerlukannya . Amin "

Saturday, 4 January 2014
2014 Tahun Cabaran
Assalamualaikum . Alahaii dah masuk 2014 ! Dah 19 tahun aku hidup di bumi Allah ni . Kalau ikut tahun lah . Tapi kalau ikutkan bulan aku sweet 18 lagi , real official aku melangkah 19 tahun ialah 13 September 2014 nanti . Perghh lambat lagi hahaha . Tapi yang pasti azam baru 2014 ni aku nak target Dekan lah , Insyaallah . Ok tu je update terbaru 2014 . Huu ~
Subscribe to:
Posts (Atom)