Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum . Sebelum ni aku ada share entry yang aku ni student IPTA kan , siapa tak kenal UPM , bukan Serdang tau , tapi Kampus Bintulu kat Sarawak . Hee tanggal 6 Jun 2013 mulanya perjalanan baru aku sebagai mahasiswa UPMKB . Aku mendaftar sebagai student kursus Diploma Perniagaantani atau bahasa gempaknya Agribusiness Student . Hee , petang tu aku daftar masuk ke Kolej Kediaman Universiti atau nama kolejnya Kolej Sri Rajang ( KSR ) . Dapat kunci bilik aku terus masuk bilik , Nasib baik blok aku paling dekat dengan tempat mendaftar iaitu Blok A . Yela , dapat sorang beg sampai 3 dari semenanjung . Mau tak penat , hahaha . Aku check in Bilik A303 , aras 3 woo ! Paling atas sekali . Fuhh !
Lepas kemas tu aku terus tidur sampai esok paginya . Aku tak buat apa-apa pun sepanjang minggu melainkan Minggu Perkasa Putra jela , ibarat macam Minggu Orientasi tu , yang peliknya , aku takde roommate sampai 12 Jun 2013 , iaitu pengambilan kedua . Time tu dah start kelas dah . Kelam kabut la roommate aku ni settlekan pendaftaran semua . Dia dari Sabah , Namanya Awang Musa Bin Awang Sapar . Keturunan Brunei ni , bangga aku . Hahaha . Dah la dari SMV Pertanian Lahad Datu , aku dari SMV Pertanian Teluk Intan . Hahaha nampak dah chemistry dia .
Ok nak dijadikan cerita , selepas minggu Perkasa Putra tu ada lagi satu minggu orientasi itu Minggu Kolegrasi . Yang Perkasa Putra tu untuk orientasi kampus , Minggu Kolegrasi ni pulak untuk orientasi kolej kediaman . Punyalah menyirap aku sebab dah kacau time study , tapi apakan daya aku ikut je .
Ada satu malam dalam slot Minggu Kolegrasi ni , diadakan Malam Bakat Terpendam dekat setiap blok diadakan oleh senior . Tak terlepas blok aku sekali .Aku tau dah benda-benda macam ni mesti ada punyalah , senior baru dapat junior kan . heishhh . Dalam slot ni kami junior kena melakonkan sesuatu menggunakan prop yang disediakan sampai senior dapat gelak hantu . Dan pada itulah aku dengan beraninya menjadi antara yang first-first present , tak nak tunggu lama-lama . hahaha dalam group aku present tu ada 4 orang . Tugasnya aku kena jadi Doraemon , melawan Naruto dengan Giant merebut Shizuka . Hahaha malu tak malu aku berlakon jugak jadi Doraemon , nak buat suara tak reti , buat jugak . Aku pakai payung la bagai nak rebut si Shizuka ni . Naruto dengan cara dia , Giant dengan cara dia . Akhirnya aku dapat Shizuka . HAHAHAHA ! Malu bila ingat balik . Time tulah aku punya ketua blok bagi NAMA RASMI BLOK selepas berlakon . Taknak panggil Doraemon , akhirnya wujud DOMON ~
Ada yang ingat aku dapat dari Digimon la apa la , tapi sebenarnya DOMON ni berasalnya dari Doraemon . Hahaha agak cute kan ^_^
No comments:
Post a Comment