Monday, 9 December 2013

Assignment Ohh Assignment

Bismilahirahmanirahim . Assalamualaikum . Dalam diam semakin banyak assignment kena buat . bertimbun-timbun . Yang menyirap betul majoriti assignment semua kena buat video . Ada yang video selfie , dokumentari , lakonan , interview . Macam-macam . Boleh jadi stress woo . Aku dah la tak handsome , nak masuk dalam video , hahaha . Bila video interview ni confirm lah kena keluar dari UPM ni . Transport ? Alahai kalau dapat JPA haritu aku dah bahagia wei . Tapi takpe , aku redha je dengan keputusan tak dapat JPA tu , Allah lebih mengetahui . ~

Friday, 6 December 2013

BLOK A HEMIPTERA - Kumbang bertanduk dua


Gambar atas ni aku bersama geng Sabah , yang sebelah aku tulah my beloved roommate Awang Musa Awang Sapar . Gambar bawah ni pulak dengan sebahagian budak-budak blok . Diorang je tau lakonan aku macam mana untuk dapatkan nama DOMON tu . Ihikss :)

DOMON ?

Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum . Sebelum ni aku ada share entry yang aku ni student IPTA kan , siapa tak kenal UPM , bukan Serdang tau , tapi Kampus Bintulu kat Sarawak . Hee tanggal 6 Jun 2013 mulanya perjalanan baru aku sebagai mahasiswa UPMKB . Aku mendaftar sebagai student kursus Diploma Perniagaantani atau bahasa gempaknya Agribusiness Student . Hee , petang tu aku daftar masuk ke Kolej Kediaman Universiti atau nama kolejnya Kolej Sri Rajang ( KSR ) . Dapat kunci bilik aku terus masuk bilik , Nasib baik blok aku paling dekat dengan tempat mendaftar iaitu Blok A . Yela , dapat sorang beg sampai 3 dari semenanjung . Mau tak penat , hahaha . Aku check in Bilik A303 , aras 3 woo ! Paling atas sekali . Fuhh !

  Lepas kemas tu aku terus tidur sampai esok paginya . Aku tak buat apa-apa pun sepanjang minggu melainkan Minggu Perkasa Putra jela , ibarat macam Minggu Orientasi tu , yang peliknya , aku takde roommate sampai 12 Jun 2013 , iaitu pengambilan kedua . Time tu dah start kelas dah . Kelam kabut la roommate aku ni settlekan pendaftaran semua . Dia dari Sabah , Namanya Awang Musa Bin Awang Sapar . Keturunan Brunei ni , bangga aku . Hahaha . Dah la dari SMV Pertanian Lahad Datu , aku dari SMV Pertanian Teluk Intan . Hahaha nampak dah chemistry dia .

  Ok nak dijadikan cerita , selepas minggu Perkasa Putra tu ada lagi satu minggu orientasi itu Minggu Kolegrasi . Yang Perkasa Putra tu untuk orientasi kampus , Minggu Kolegrasi ni pulak untuk orientasi kolej kediaman . Punyalah menyirap aku sebab dah kacau time study , tapi apakan daya aku ikut je .

  Ada satu malam dalam slot Minggu Kolegrasi ni , diadakan Malam Bakat Terpendam dekat setiap blok diadakan oleh senior . Tak terlepas blok aku sekali .Aku tau dah benda-benda macam ni mesti ada punyalah , senior baru dapat junior kan . heishhh . Dalam slot ni kami junior kena melakonkan sesuatu menggunakan prop yang disediakan sampai senior dapat gelak hantu . Dan pada itulah aku dengan beraninya menjadi antara yang first-first present , tak nak tunggu lama-lama . hahaha dalam group aku present tu ada 4 orang . Tugasnya aku kena jadi Doraemon , melawan Naruto dengan Giant merebut Shizuka . Hahaha malu tak malu aku berlakon jugak jadi Doraemon , nak buat suara tak reti , buat jugak . Aku pakai payung la bagai nak rebut si Shizuka ni . Naruto dengan cara dia , Giant dengan cara dia . Akhirnya aku dapat Shizuka . HAHAHAHA ! Malu bila ingat balik . Time tulah aku punya ketua blok bagi NAMA RASMI BLOK selepas berlakon . Taknak panggil Doraemon , akhirnya wujud DOMON ~

  Ada yang ingat aku dapat dari Digimon la apa la , tapi sebenarnya DOMON ni berasalnya dari Doraemon . Hahaha agak cute kan ^_^

Allah tahu keikhlasan setiap HambaNya :)

Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” - (Riwayat al-Bukhari)

SS Family

Siapa Sukor Bin Saad ? Itulah Walid saya . Siapa Suraini Binti Shahiry ? Itulah Bonda saya . Siapa Suria Asmira Sukor dan Suria Amylia Sukor ? Itulah dua Bidadari kecil saya :)


BIASISWA JPA

Bismillahirahmanirahim , untuk pertama kalinya aku kini bergelar seorang mahasiswa . Mahsiswa sebuah universiti terkemuka pulak tu , siapa tak kenal kan bila sebut je UPM mesti semua tahu punyalah kampus gergaji UPM dekat Serdang tu . Tapi aku bukan study dekat Serdag , tapi di UPMKB atau Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu . Dengar nama tu sikit punya gempak laa . Sarawak tu ! Jadi anak perantauanlah aku . Hee ~ . Bila fikir balik memang aku antara golongan yang bertuah lah kan sebab dapat jejakkan kaki di Bumi Kenyalang . Orang dengar memang kata tahniah je memanjang . Ibu Ayah bersyukur yang teramat sangat . Mana taknya , anak sulung mereka masuk U ! Hahaha . Aku sebagai tuan empunya badan confirm confirm la excited bapak ! Haha . Memang nak sangat masuk UPM tu , memang Universiti pilihan aku .

Tapi , bila aku lihat disebalik gembiranya Ibu Ayah bila dapat tau anaknya nak sambung belajar , aku nampak 1001 kegusaran dalam wajah diorang . Confirm yang terlintas dalam hati diorang adalah " Mana nak dapat duit ni ? " Aku tau tu , yelaa aku ni bukan dari golongan keluarga yang berpendapatan tinggi . Ayah cuma bekerja makan gaji memandu bas sekolah , ibu pulak jadi pembantu kantin di sekolah yang sama , kalau ikutkan gaji memang ta cukup nak bagi kami makan 3 beradik . Nak beli barang sekolah adik pun jenuh buat part time lain , ni kan nak hantar aku belajar kat Sarawak ? Tiket flight lagi , Yuran , Belanja Makan , Keperluan semua memang tak mampu .

Aku time tu tak fikir sangat , yang aku fikir " Takpeee , PTPTN kan adoo " . Ibu Ayah hanya diam . Namun , hasil usaha keras Ibu Ayah nak hantar jugak aku belajar jauh , aku akhirnya dapat menjadi Mahasiswa UPMKB ni . Bersyukur sangat-sangat .

Namun , akhirnya aku tahu kenapa Ibu Ayah diam masa aku cakap pasal PTPTN , kena jugak dekat batang hidung sendiri . Yuran dia tolak semua terus , tinggal duit aku nak makan je , tu pun tak cukup untuk 6 bulan atau 1 semester . Masa sem 1 yelaa aku kaya raya duit bantuan masuk je , ni dah sem 2 PTPTN jelah harapan untuk hidup .

Akhirnya aku dapat tau yang aku layak untuk mohon Biasiswa JPA . RM 4000 setiap sem kalau tak silap , time tu aku punyalah beria sesangat akhirnya dapat jugak duit belanja nak makan . Kelayakan pun lepas , aku dengar kena 7A dan keatas CONFIRM dapat . Excited sangat sangat sampai tak terkatalah , hahaha .

Hari berganti hari , 15 November 2013 sepatutnya result diumumkan , tapi postpone . Tak tau sebab apa . Lama jugaklah dia postpone sampai 6 Disember . Perit jugak menunggu , Angan-angan dah nak pakai motor baru .

Akhirnya sampailah tanggal 6 Disember . Huu penantian berakhir . Tepat jam 5 petang aku terpacak depan ASUS K-43U ni , menanti penuh debaran . Aku search JPA.GOV.MY dan bukak E-SILAV . Hasilnya amatlah mendukacitakan . AKU TAK DAPAT BIASISWA JPA ! Menangis aku bila result yang keluar mengatakan aku tidak berjaya . Aku cuba untuk Redha , aku call ayah . Ayah bagi semangat kat aku dengan berkata " Takpelaa Along , cuba lagi . Buat rayuan ok " . Aku hanya diam , perbualan di telefon takat tu jee . Dalam hati aku berbisik " Ya Allah , Engkau tahu mana yang lebih baik untuk aku " .

Cuma 1 je aku bingung , kenapa orang lain yang setaraf result SPM dia dengan aku dia dapat , tapi aku tak ? Akhirnya aku dapat tau yang result postpone sebab diorang nak tapis lagi pemohon . Time tu aku memang dah dapat agak , siapalah aku ni pelajar 7A dari sekolah vokasional ? Memang tak pandang lah kan . Time kelayakan tu ? Kenapa memberi orang harapan ?

Terfikir jugak , kerajaan ni dah habis duit agaknya , tu sebab tapis lagi pemohon . Sikit demi sikit aku hilang kepercayaan dekat kerajaan Malaysia sekarang ni . Setahu aku , aku dah hantar segala apa yang diminta , slip gaji ibu ayah semua . Takkan diorang tak nampak ? Yang lain yang Ibu Ayah nya berpendapatantinggi dapat pulak . Atau main orang dalam ? Tapi jangan berprasangka buruk sangat . Apa yang aku fikir Allah dah rancang segala-galanya :)

- SHAH -

Thursday, 5 December 2013

Bismillahirahmanirahim . Assalamualaikum . Sebelum mulakan cerita , biar aku memperkenalkan diri dulu . ok , nama diberi Shahdhuan Alwi Bin Sukor . baru jadi sweet 18 bulan September yang lepas. hee ~. sebenarnya aku tak pasti apa maksud nama aku ni . yela , mana tau baik ke buruk ke kan , orang dulu pun bukan tengok sangat nama nama ni , janji ada dan sedap . kalau boleh nak unik lagi tu ,. tapi yang pasti nama aku ni membuatkan family belah ayah dengan belah ibu aku sampai bergaduh . sorang nak macam ni sorang lagi nak macam tu . nak dijadikan cerita ibu aku ni kira ada sangkut paut dengan keturunan Nabi , tapi tak pasti Nabi yang mana , kiranya keturunan belah ibu aku ni dari sebelah Asia Barat nun di tengah tengah peta dunia tu , jadi family belah ibu kalau ikutkan hati nak nama aku ada ala-ala nama Pak Arab gitu . haa bertentangan pula dengan family belah ayah aku pulak , nak nama tu biar Melayu betul , taknak lupa diri katanya . hahaha . jadi mulalah peperangan nak bagi nama kat aku ni . mana taknya , cucu sulung kan dua-dua belah . hahaha . akhirnya terwujudnya nama SHAHDHUAN ni atas persetujuan bersama . tapi sampai sekarang aku tak pasti lagi apa maksud nama ni . dan yang uniknya , SHAHDHUAN ni aku lah satu satunya yang menggunakan nama tu kat muka bumi ni . kalau nak search kat Yahoo ke Google ke aku sorang je pakai nama ni . haa , sikit yangt aku tau tentang nama SHAHDHUAN ni , ia diambil dari Kalimah Syahadah ,. wow gitu , hahaha tapi maksudnya tetap aku tak pasti . haa yang ALWI ni pulak , ibu aku yang nak sangat . hahaha yang ni lawak jugak , nama ni datangnya dari nama penyanyi Awie tu . ibu punyalah minat sampai nak letak nama Awie tu dalam nama aku . Tapi Awie tu takde maksud , jadi jadilah Alwi . hahaha tapi nama Alwi ni aku pun tak jumpa lagi apa maksud dia sebenarnya . ibu kata bila gabung SHAHDHUAN ALWI baru dapat maksud , punyalah pelik nama aku ni . tapi , aku bersyukur kerana dikurniakan nama yang amat unik . walaupun takde MUHAMMAD dekat nama aku , aku tak kisah . bukan salah ibu ayah aku pun . yang penting jasad dan rohani tu menjadi Muslim sejati , bukannya terletak pada nama . Jadi , untuk bagi orang panggil nama aku biar bermaksud , aku suruh semua orang panggil aku SHAH ynag bermaksud Raja :) ~

Ok this is me . Raya 2013 ~


Assalamualaikum ~